Penyediaan Tapak Projek - Chilli Fertigation Training And Education Centre

Breaking

Post Top Ad

Pewaris Bumi Hijau

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Penyediaan Tapak Projek




Penyediaan tapak projek fertigasi Pemilihan dan penyediaan tapak projek fertigasi merupakan langkah kritikal dalam menentukan kejayaan sesebuah projek penanaman cili fertigasi. Tapak projek yang dipilih hendaklah mempunyai sumber air bersih seperti air kolam, tasik, sungai, mata air, air bawah tanah (tube well) dan sumber-sumber lain. 

Kualiti air seperti pH haruslah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air tersebut boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman cili ialah 5.5–6.5. Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunakan kertas litmus. Penggunaan air paip juga adalah sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. 



Tapak projek harus diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama. Pemberian kuantiti air baja yang sama kepada setiap pokok adalah penting supaya pokok cili dapat mencapai pembesaran yangseragam. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine atau weed suppresor dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek daripada ditumbuhi rumpai.

Post Top Ad

PEWARIS BUMI HIJAU