Pengenalan Kepada Fertigasi - Chilli Fertigation Training And Education Centre

Breaking

Post Top Ad

Pewaris Bumi Hijau

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Pengenalan Kepada Fertigasi

(Credit : Dunia Fertigasi)





Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”. Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.


Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses (ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan dan serangga.


Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.


Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:



  • Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;
  • Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit;
  • Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;
  • Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;
  • Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;
  • Kualiti hasil yang lebih baik;
  • Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;
  • Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
    serangga diguna pakai;
  • Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
  • Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Post Top Ad

PEWARIS BUMI HIJAU